Rabu, 30 Jun 2010

HAPPYYYYYY......

Sarah takde pape pun......

Happy sesangat balik dari tadika semalam......

Mama jer yang risau lelebey kan kan......hehehe.....

 'happy jer malam tadi'

'gelak sampai ternganga' 

Today sarah dah tak nangis dah......

Best apa skull baru sarah tue.....

daaaaaaaa...... 

Selasa, 29 Jun 2010

BERHIJRAH KE TASKA PERMATA

Emosi aku sekarang tunggang terbalik. Tak dapat nak bagi tumpuan pada kerja walaupun kerja melambak-lambak. Nak mengadap blog lagi la takde mood. huhuhu.....

Apa yang ada dalam fikiran aku sekarang ni tak lain tak bukan terkenangkan sarah jer. Kenapa mesti sarah dan bukan danish?? Kerana...............hari ini berulang lagi episod sedih yang dia lalui lebih 6 bulan yang lalu. Yupppp!!! Sarah sekarang berada di satu suasana yang baru bertemankan kawan-kawan yang baru. Aku pindahkan sarah ke Taska Permata (taska milik penuh kerajaan yang diasaskan oleh Datin Rosmah) dengan harapan sarah akan mendapat yang terbaik di situ.

 credits to google

As usual, hari pertama ke tempat baru tak sah kalau tak berteman air mata kan. Dah namapun anak mama, so peel perangai wajib menurun gitewww.... hehehe. Hopefully hari esok dan seterusnya, keadaan akan bertambah baik dan menceriakan. Moga sarah dapat menyesuaikan diri secepat yang mungkin. 

Kepada kengkawan yang sudi nak share pengalaman berurusan dengan Taska Permata, aku amat alu-alukan.  

Rabu, 23 Jun 2010

Eiiiiii..... Gerammmmm

Petang semalam sempat curik masa balik rumah mak kejap. Nama jer rumah mak aku ni dekat, hari-hari boleh balik, tapi anak dia ni kadang tu sebulan sekali jer tunjuk muka. Bukan takmo balik, tapi hubby aku kerjanya tak tentu masa. Bila taim dia cuti, bini dia pulak kerja..... abih camno?? Bukan alasan tau!!!

Yang paling bestnya semalam, kat rumah mak aku ada budak kecik chumelllll. Eiiiii, aku memang gerammmmmm tengok si Anis nie. Dah la putih melepak, badan bolat berisi dengan rambut lebat dan hitam berkilat. ho...ho...ho.... tak buleh tahan tengok haihhhh. Cuba la korang tengok sendiri kalau tak caya cakap aku tau....

 'hai aunty sume'

 'so sweet'

'owwwhh.... silau mataku terkena flash'


Anis ni anak no.2 abang aku. Umur dia baru jer 8 bulan dan bakal jadi kakak bulan sepuluh nanti. Sayang aku tak leh nak dukung-dukung atau riba dia sebab sarah manyak jeless. Melalak tak henggat bila mama dia pegang baby.....huhuhu.... Takde can la mama nak kasi sarah adik kalau gitu gayanya kan...  

Selasa, 22 Jun 2010

Disebalik Gerak Jari Jemari Anda

Korang semua tau tak??? hahaha..... memang tak tau kan kan... Salah satu habit aku adalah duduk sambil menongkat dagu. Setiap hari mesti terbuat menda nie terutamanya bila mengadap depan pc. Selalunya tangan kanan setia memegang mouse dan tangan kiri la yang duk menampung berat dagu aku tue. Patut la dagu aku runcing dan cantik jer......muahahaaaaaaaaaa....... statement yang buat sume rasa nak muntah ijo kan.


Sebenarnya disebalik pergerakan jari jemari kita setiap hari, tersembunyi rahsia peribadi pemiliknya. Jom kita terokai:- Credits to http://salldann.blogspot.com/

1. Anda suka Memicit atau suka memegang hidung...

~ Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.
~ Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.

2. Meletak tangan pada bahu kawan...

~ Suka ikut kepala sendiri.
~ Pentingkan diri sendiri.
~ Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat.

3. Bermain dengan tangannya...

~ Mempunyai tahap humor yang tinggi.
~ Pandai berjenaka.
~ Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa ambil hati.
~Jenis open minded.

4. Mematahkan jari jemarinya...

~ Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain.
~ Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

5. Menggigit kuku..

~ Gugup dan gementar bila berbicara.
~ Agak tertutup dalam membicrakan rahsia hati.

6. Memintal hujung rambut...

~ Suka berkhayal.
~ Sukar diperdayakan.
~ Keras kepala.

7. Menongkat dagu...

~ Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
~ Suka mendengar masalah teman2.
~ Setia dlm persahabatan.

8. Suka letakkan tangan atas meja...

~ Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.
~ Seorang yg Peramah.
~ Suka bergantung pada orang lain.

9. Menggosok 2 telapak tangan....

~ Ramah dan berfikiran matang.
~ Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2.
~ Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu.

10. Memutar cincin....

~ sangat menepati janji.
~ berhati2 dlm tutur kata.
~ gemar hidup yang teratur.
 
Agak-agak apa la habit korang erk...... Jom la share kat sini.  

Isnin, 21 Jun 2010

Gedik Santai Dengan Epal....

Apa yang kita makan sedikit sebanyak mempengaruhi tabiat pemakanan anak-anak....

Setuju tak? 

Kalau mak ayah payah nau nak ambik sayur tiap kali makan nasi, anak-anak apatah lagi kan....

Yerla, kalau dah dalam menu mak dia takde pun nak masakkan sayur, camne anak dia nak makan? aku ler tue sebab aku ngan hubby jarang makan sayur. Bila aku masak sayur dan taruk dalam pinggan anak-anak, depa berdua pakat kutip letak tepi pinggan. Mimpi ler nak tengok dorang kutip masuk mulut.....huhuhu..... 

Sebaliknya juga, bila mak ayah sukakan sesuatu makanan, mostly anak-anak pun terikut jugaaaa. Sebagai contohnya macam sarah nie model terbaek yang aku ada setakat nie, memandangkan mama dia hantu buah, dia pun otomen otomatik jadi anak hantu buah jugak. 

Kan aku pernah citer aku suka makan buah epal, jadi inilah jugak buah kegemaran dak kecik tue. Cumanya kami suka epal yang merah-merah jer, yang hijau abah punyaaaaa. hehehe.... 

Dah la, kita tengok pict. pulak yer.......... kasi aunty-aunty kat luar sana terliur sama.


Besor gabak epal sampai tak muat nak masuk mulut sarah. Jangan mimpi ler aku nak potong buah tue, dia majuk terus takmo makan.


Nampak tak airmata kat pipi sarah? Penengan nangis sebab tak kasi mama buang kod epal yang ada kat buah tue. 


Yea-yeahhhhh..... epal ni sarah punya. Kalau mama nak, ambik laen yer. Eksyen jer lebih, makan tak habis pun.....


Kalau makan epal, dia suka geget sampai penuh mulut. Pastu sibuk mintak tisu nak kehek (keluarkan balik) hampas epal yang ada dalam mulut dia. 


Haaaaa..... kan dah kata, tak habesss pun. Tapi banyak la jugak dia makan kan...... 

p/s: kehek tu bahasa ganu..... kot-kot ler ada yang nak belajar guna loghat negeri aku pasnie. 

Lil' Photographer

Sungguh tak tahan kalau asyik tengok mama jer yang main tembak-tembak sarah......

Teringin jugak sarah nak pegang dan usung mesingan mama yang berpeluru laser tue......

Ingat sarah takde bakat terendam ke?

Belum cuba belum tahu hokeyyyy!!!!


Sarah ada photoshoot ngan client malam nie, nak kemas-kemas barang dulu k....


Aiyarkkkk, pesal payah nau nak katup beg nie...... mamaaaaaa tulunnnn..... 


Cuba tengok gaya sarah bawak beg mesingan nie, ada gaya, mutu dan keunggulan tak??

hehehe............Papaiiiiiii 

Ahad, 20 Jun 2010

23 things about me!!



Aku terima nikahnya tagnya http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ dengan mas kahwinnya upahnya 23 hengget tunaiiiiiiiiiiii........

Jom selongkar dan kenali aku dengan lebih rapat lagiiiiiiiiiiii........

1. Aku anak perempuan sulung dalam keluarga tapi aku sangat la  bangga bila berkumpul dikalangan adik beradik, orang akan ingat aku adalah 'ADIK' kepada adik-adik aku...... Ehemmmm......ehemmmmmm, apa la maknanya tu yerk!!

2. Sejak dari kecik dah menjadi rutin harian aku bangun seawal 6 pagi dan tidur jam 10 malam (sampai sekarang rutin ni aku ikut okeh). Kalau tak ikut rutin ni mula la kepala ting tong tak henggat. Waktu mandi paling last setiap hari wajib sebelum pukul 7 malam. Selalunya zaman remaja remaji aku dulu pukul 5 petang aku dah siap mandi dan pakai baju tidur. Dah remaja takde maknanya aku nak main lompat-lompat petang hari. Memang suka lepak kat rumah jer sambil tengok tv.

Sekarang ni rutin aku dah diwarisi oleh anak-anak jugak en. somi (in case hubby balik kerja awal la). Pukul 10 malam (kadang tak sempat jam 9 malam) 4 beranak dah terbungkang zzzzzz atas katil..... hahaha...... tapi anak2 takde la bangun jam 6 pagi, paling awal pun sebelum pukul 7 pagi gitew.....

3. Aku sukakan buku terutamanya novel. Masa sekolah rendah dulu, aku sanggup habiskan hujung minggu lepak kat library felda semata-mata layan minat aku nie. Sejak masuk U dan bekerja, aku suka pulak melabur beli novel untuk koleksi peribadi. Setakat ni ada 2 bijik novel yang tak sempat baca lagi walaupun dah 1/2 tahun beli..... huhuhu..... entah bila la sempat curik masa emas aku nie.....

4. Dolu-dolu aku jenis yang kuat merajuk (sarah dah warisi perangai ni skang), tapi sejak dah jadi mak budak ni, dah takde maknanya lagi perkataan 'MERAJUK' tue..... Sape nak layan???? Buang karan jer kalau merajuk pastu kena pujuk hati sendiri..... Hampehhh......

5. Aku suka tengok gambar baby. Jangan cakap aku gila kalau tetiba nampak aku tersenyum ya....... terapi jiwa tengah menguasai minda sebenarnya.....

6. Aku benci dengan manusia yang suka menipu. Kalau buat silap sila mengaku kerana aku senang untuk memaafkan.

7. Suka MAKAN...... MAKAN...... dan MAKAN....... Ada sesiapa nak belanja tak??? hahaha......

8. Suka masak tapi tak suka makan apa yang aku masak. Entah ler, mungkin kenyang sebab terlebih ambik bau kot.....hahaha...

9. Citer pasal makan lagi..... aku kemaruk dengan buah. Kalau takde stok buah dalam peti es rasa nak nanges jer...huhuhu...... dan dan tu jugak aku paksa en. somi gi beli. 

10. Berfikiran positif dan tak suka syak wasangka dalam hubungan. Kalau memang takdirnya tak seperti yang diharapkan, terima dengan redha dan seadanya.  

11. Berfikiran negatif bila en. somi kerja malam. Bukan aku syak dia ke lain, tapi yang aku fikirkan, kalau la pencuri masuk dalam rumah ni apa aku nak buat waktu tu. Tepon polis terus ka? Jerit sampai jiran sebelah dengar ka?  Takpun aku lawan jer!!! Mengong jer kan fikir yang bukan-bukan, sampai terbawak-bawak dalam mimpi yang tak tahan tue.....hukhuk....

12. Orang yang pertama kali jumpa aku mesti cakap aku ni cikgu.... ada stail cikgu ke erk?? Sapa-sapa yang pernah jumpa aku, leh tolong jawab.....hehehe

13. Tak reti nak buat kerja sepantas kilat. Aku jeles dengan orang yang sekejap jer duk dapur dah siap masak. Gerak geri aku memang slow motion tapi takde la lemah gemalai cam perempuan melayu terakhir (pmt) tue. PMT mana ada menjerit cam tarzan kans......  

14. Selama hayat aku bergelar ibu, tak pernah sekali pun aku cuci kereta. Yang ni memang tugas mutlak en. somi......

15. Tugas mutlak aku adalah cuci bilik air a.k.a tandas sekali yer. En. somi tak pernah buat kerja ni walaupun dia rajin buat kerja-kerja rumah yang lain. Sila tuding jari kat muka aku sekiranya bilik air aku tak berkilau mata memandang....hehehe

16. Sangat pantang dengan tandas yang kotor. Tak boleh tengok dan aku rela tahan diri untuk membuang dari guna tandas yang menjijikkan. 

17.  Suka memberi sebab aku suka tengok orang happy. Satu kepuasan yang tak boleh digambarkan dengan perasaan even benda yang kita bagi tu tak seberapa. Petua nak dapatkan kepuasan nie, kena la IKHLAS!!

18. Cuba bersabar, bersabar dan bersabar, tapi bila rasa macam orang dah nak pijak kepala kita, aku melenting jugakkk..... namapun manusia kan, kesabaran ada batasannya.  

19. Serius cakap aku tak pandai nak berfesyen. Pakaian harian aku adalah baju kurung @ kebarung. Kat rumah pulak selesa bert-shirt dan berkain batik jer (nampak sangat pompuan kampung kans). Sekali sekala ada la jugak pakai seluar trek atau slack. Aku mengaku satu helai jeans pun aku takde...... sila gelak yer....

20. Takde motivasi langsung nak drive sendiri...... eiiiii bila la semangat tu nak datang?? Mencikkkk!!! Kan best kalau aku gila bawak keta, takde la hujung minggu terperuk dalam rumah jer. 

21. Aku adalah PENAKUT. Usah kata nak tengok citer hantu atau seram, keluar iklan promo pun aku cepat-cepat tukar channel. Danish sekarang mewarisi sifat penakut aku, nak gi bilik air pun berteman.... apa daaaa.....

22. Bertahun lamanya tak exercise badan. Jangan cakap badan kurus kering cam aku tak perlu exercise ya, jantung aku macam mana?? Kena cari masa gak nie...... huhuhu.....

23. Aku sangat-sangat happy sekarang sebab tugasan panjang berjela nie siap jugak akhirnya. Nak mintak upah boley ke??? hehehe........

Sabtu, 19 Jun 2010

Sunyi dan Sepi

Hari ini dan semalam, rumah aku sunyi sepi tak seperti kebiasaan. Tiada pekikan tarzan kampung yang kedengaran, juga tiada esak tangis budak kecik yang berebutkan barang mainan. Sarah ditinggallkan tak berteman. huhuhu...... sungguh kesian......   


Abang danish sekarang ni tengah berseronok di jengka 25. Bukan pergi makan angin, tapi ikut tokma tengok baby salehudin al-ayubi. Mama ngan adik sarah kena tinggal sebab abah danish kerja. 

Bila danish takde, sarah jadi mati kutu.....hahaha..... Tak dapat la dia nak main tarik-tarik baju atau karete-do dengan abang. Sudahnya sarah temankan mama tengok tv. Nampak jer iklan yang dia suka, terus terkam tv sambil cakap "Adik nak"......"Adik nak".....

 'berkenan kat pingu dalam iklan susu an-mum'

 'nampak iklan ni terus mintak air ribena..... mana la ada stok kat rumah kita. huhuhu....'

Bila sarah mula bosan tengok mama asyik duk layan citer dia jer, sarah geladah buku abang pulak.  Nampak jer orang tengah ambik air sembahyang dalam buku abang danish tu sarah terus tadah tangan baca doa.... Tau tak doa apa sarah baca? Doa nak tidur yang diulangnya....huhuhu.....


Dan aktiviti terakhir yang sarah buat bila kebosanan tak dapat dibendung lagiiiiiiiiiiiiiii....... 


Sabor jer ler.......

p/s: mama pun tengah buhsan jugak sebenarnya, tu yang terkeluar n3 merapu meraban camni....Sorry la yer. 

Khamis, 17 Jun 2010

Alhamdulillah, Dapat Anak Buah Lagi.....

Baru jer dapat khabar gumbira dari adik aku lunch hour tadi. Dia dah selamat melahirkan anak kedua secara ceaser lebih kurang jam 10 pagi tadi. Berita yang sedikit mengejutkan aku dan sikit pun aku tak percaya sbb dia suka tipu aku tau operation sepatutnya dijalankan besok. 

Kalau ikutkan arahan doktor, semalam (16/6) dia dah kena warded, tapi memandangkan hubby dia baru jer tiba dari arab saudi on that day, postpone ler ke hari nie. Tup tup sampai jer hospital pagi tadi doktor cakap kena terus buat operation since jalan dah bukak 3cm. 

So, inilah dia putera yang dinanti-nantikan kehadirannya......


Salehudin Al-Ayubi nama diberi..... ala-ala arab giteww bunyi dia kan. Tahniah untuk kak e-cah sebab dah dapat adik. 

Peminat Durian..... Mesti Baca N3 Nie

MAKAN DURIAN HANYA RM9.90   
 pict. from google
Sumber: Sinar Harian 
  • Hanya bayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian di Hentian Sebelah Bukit Gantang (arah selatan) di KM225 Lebuhraya Utara Selatan selama tiga hari mulai Jumaat ini (besok la kan). 
  • Menurut kenyataan Plus Expressway Berhad (PLUS), kanak-kanak bawah enam tahun pula boleh makan secara percuma serta menyertai pertandingan. 
p/s: Kena pastikan perut kosong kalau nak pergi, baru la boleh belasah cukup-cukup kan. Kalau tak, rugi la bayor RM9.90 tue..... 

Hadiah dari Ilhanryan Lucky Draw

Dua hari lepas, hadiah dari umi ryan selamat sampai ke tangan aku....

Kalau dah terima hadiah tu, memang la gembira dan teruja nak bukak kan....

As usual, aku memang takkan bukak hadiah kat ofis, tapi tunggu sampai balik rumah dulu. Saje jer kasi surprise kat diri sendiri......hehehe....

Yang lebih penting, kegembiraan tu aku nak kongsikan dengan anak-anak. Sama-sama berebut bukak hadiah........ 

 
 'Hadiah yang dibalut kemas...... I like!!' 

'budak kecik yang telah merampas kuasa...... beria mengomel cakap hadiah tu dia punya' 

 
 "sarah tolong bukakan untuk mama bolehkan aunty?"

Hadiahnya leh tengok kat SINI k. Umi Ryan jugak ada kasi aku satu brooch yang chumel, tapi lupa nak snap......hehehe. 

 Thank you Umi Ryan.

Rabu, 16 Jun 2010

Jom Kita Terbang Pulak.....

issskkk.....isssskkk.....issskkkk....., petang-petang macam ni baru nak update blog kan.....

Orang dah terbang ke mana-mana, aku baru terkedek-kedek nak berjalan....

Kalau otak dah kering idea nak bercerita, gini la jadinya.....

Tambah pulak dengan cocer mendung dan suhu separuh beku kat ofis ni, lagi la otak aku malas nak berfikir.....

Memandangkan takde benda nak share, apa kata kita layan salah satu hobi my hubby...........

Minatnya yang cukup mendalam pada benda yang terbang di udara......

Bukan burung atau layang-layang tau, tapi yang aku maksudkan adalah yang kat bawah nie......


Helikopter ni pernah patah sayapnya. Gigih hubby aku gam balik sebab sayang punya pasal. Model ni hubby simpan sebelum kami kahwin lagi.     


Yang ni pulak helikopter paling besor yang ada kat rumah. Boleh terbang tinggi cuma sayang tuan punya belum pro lagi. Banyak nak kena belajar sebab silap teknik kawalan, ongkos nak repairnya kalahkan bekalan susu anak sebulan.....huhuhu..... 


Ini adalah peluru berpandu jet pejuang. Model ni hubby aku pasang sendiri. 


Yang last ni tak leh terbang yer, available untuk jalan darat jer......hehehe. Bas pojaan tuan danish tapi masih lagi menjadi hak milik kekal abah dia.   
  

Sesiapa yang rasa dia peminat argentina, boleh la naik bas ni sama-sama ngan danish....
 

Selasa, 15 Jun 2010

Jom Kita Belayar....

Ada sesiapa yang teringin nak gi belayar tak? 

Cakap jer korang nak gi mana..... aku boleh bawakkan. Free of charge lagik!! hehehe......

Tapiiii, sanggup ke korang naik kapal aku nie? 

 

  Mau tenggelam tak timbul-timbul sebelum sampai ke pulau idaman kan.... 
  

Ini lah dia kapal yang gigih aku ngan en. somi siapkan (tak siap-siap jugak sampai dah ada anak 2) di awal bulan madu kami.........

Orang lain sibuk naik kapal belayar ke pulau, kami pulak sibuk pasang menda alah kecik ni sampai terbuntang bijik mata......

Ada la jugak kenangan untuk disimpan kan.......

Isnin, 14 Jun 2010

Tak Suka?? Angkat Tangan.......

Tuan rumah dah mabuk kepayang........

Mabuk dengan segala macam design baru yang ada kat blog nie.....huhuhu....

Dah tertekan sesuatu dan tak reti nak patah balik.....

Nasib la kawan-kawan tuan rumah yang singgah kat sini.....

Agak-agak berpinau mata dan rasa nak pengsan tue, cepat-cepat keluar ya.....

Bukan tuan rumah halau tau, tapi tuan rumah risau kawan-kawan pengsan nanti.....

Siapa yang tak suka dengan cat baru tuan rumah, sila angkat tangan.....

 "pinjam cat jap ya en. google"

Cepat mintak tuan rumah tukar cat lain.....

Ratu Si Airmata....

Memperkenalkan ratu airmata pengganti pelakon arwah noraini hasyim yang suka nanges-nanges, guling-guling dan jerit-jerit bila kemahuan dia tak diikuti....

siapa lagi kalau bukan.....

*

*

*

*

*

*

*

budak kecik chumellll

*

*

*

*

*
sarah

 uwaaaaaa 

Disebabkan sarah suka sangat nanges-nanges, mama sarah pun dah pandai nanges sama. Sarah nanges.....mama ikut nanges, sarah nangis lagiiii, mama pun nangis jugakkkkk..... sudahnya sarah senyummmmm..... 

seeeeee...... 


 dan lagiiii....... 

Khamis, 10 Jun 2010

Pergi Klinik....

Hari ni bawak si kecik gi klinik. Sejak 3 hari lepas aku perasan ada bintik-bintik air kat betis kanan dia. Hari pertama timbul satu dua bintik jer, lepas tiga hari nak penuh betis dah. Bukan tu jer, siap berjangkit kat betis belah kiri pulak....

 'sementara tunggu doc. panggil, usha handbag mama dulu'

Hasil pemeriksaan doktor, sarah terkena kudis air. Puncanya berjangkit dari kengkawan dia kat taska. Actually pagi tadi aku ada tanya teacher dia ada ke idak budak lain yang naik bintik-bintik cam sarah ni, memang sah ada. Nasib baik jugak sekarang ni musim cuti sekolah dan tak ramai parents yang hantar anak kat taska tue, kalau tak makin ramai pulak yang kena.

Bagi yang tak pernah tengok kudis air ni camne (aku sendiri pun tak pernah tengok sebelum nie) , meh sini aku tunjuk.......

 'kulit dia yang memang alergik sejak dari lahir'
 

Rabu, 9 Jun 2010

Gadget Baru Lagiiiiiiii.....

Adoiiiiiiii...... fenattt.....fenattttt.....

Manyak kerja la pulak hari nie.....huhuhu.....

Kalau semalam aku citer pasal gadget baru kat dapur (pan yang bukan pen itewww), hari ni nak citer gadget lain pulak......

Gadget baru yang kuidam dan impikan sejak tahun lepas.....

Cuba tekaaaaaaaa!!!!!.............

Jeng............jeng....... jeng.........

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 Yang ini bukan ana ain yang punya tapi en. google punyaaaaaa......hehehe

Malas nak snap aku punya, tengok yang ini cukup la yerk..... 

Selasa, 8 Jun 2010

Pan bukan Pen....

Setelah berbulan menunggu..... akhirnya baru kini mendapat.....

Nasib baik jugak dapat, kalau tak dapat, geget jari laa jawabnya cik ain..... 


Hasil kegigihan aku duk  kumpul  setem aritu, aku berjaya dapat pan yang ini jer.....

Thanks Asha yang baik hati poskan setem dari jauh untuk bantu aku cukupkan collection....

Cian akak sha, 3-4 keping lagi tak cukup untuk layakkan akak dapat pan paling besor....huhuhu....

fuhhhh, tak sabar nak balik rumah ngetest pan baru.......  

Khamis, 3 Jun 2010

Cuti......Cuti..... Cuti....


Esok, cuti pertengahan tahun akan bermula. Bagi yang duk belah pantai barat, lusa la jawabnya ya. Bila sebut jer cuti sekolah, maka ramai la yang duk plan bercuti sana sini. 

Kemana agaknya korang semua? 

Aku belum ada apa-apa rancangan sempena cuti sekolah nie. Kalau gi jenjalan pun, mungkin pergi tempat yang dekat-dekat jer. Badan tak penat dan jimat belanja.....hahahha....

Selamat Bercuti Semua....... 
 

Suka Dalam Derita.....

Tiada siapa yang tahu, disebalik senyumku yang penuh kemanisan, sebenarnya aku tengah menanggung beban kesakitan.......

Bukan hanya tika dan saat ini, tapi sejak jumaat yang lalu..... sakit apa la tu yerk sampai nak masuk seminggu lamanya.....

 macih en. google

Leher aku ni la....... selalunya orang cakap tersalah tidur tapi aku syak salah panggung!!! 

Bukan panggung wayang tu, tapi kes en. somi yang suka tidur pastu panggung lengan dia kat leher aku......

Imangine ler lengan besor parking kat leher kecik..... mujur tak patah riuk leher aku.....huhuhu.....

Apa aku nak buat erk??? Ambik bantal hempuk kat leher ke? Aku memang tak pernah cuba petua ni......  

Kami Blogger Picisan Menentang Kekejaman Israel

Sayang aku tak??? 

Kalau SAYANG, jom sama-sama ngan aku SOKONG kempen INI

Tunjukkan rasa KEBENCIAN, SAKIT HATI, MENYAMPAH, DENDAM KESUMAT dan seangkatan dengannya terhadap ISRAEL DURJANA dengan pamerkan salah satu logo di bawah. 



Kalau boleh gantung banner tersebut pada sidebar blog masing-masing. 

Terima Kasih. 

Menang Lucky Draw Ilhanryan

Hari ni aku tersenyum lagiiiiii.........

Senyum yang teramat manis mengalahkan kemanisan susu pekat F&N.......hahaha......

Yeeeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......... Aku menang Ilhanryan Mother's Day Lucky Draw.

Boleh tengok N3 kemenangan kat SINI

Dan hadiah yang bakal menjadi milik aku adalah.......

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa

*

*

*


Sungguh rezeki yang datang tepat pada masanya kerana beg ni boleh aku jadikan beg kain semayang. Beg yang sedia ada zipnya dah dirosakkan oleh anak dara chomel tu. Dia main bukak tutup bukak tutup sampai terus tak boleh katup.....huhuhu....

Thank you Ummi Ryan.... 
Related Posts with Thumbnails